Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perumahan komuniti berpagar model baharu pembangunan bandar
  • TEMPATAN

Perumahan komuniti berpagar model baharu pembangunan bandar

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman meninjau pelan pembangunan projek perumahan yang diperkenalkan kepada media.

PETRA JAYA: Pembangunan perumahan berkonsepkan komuniti berpagar dan berpengawal dilihat berpotensi menjadi pemacu kepada pembangunan bandar yang lebih tersusun serta berkualiti di bandar raya Kuching.

Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman berkata, pendekatan tersebut bukan sahaja meningkatkan aspek keselamatan, malah memperkukuh pengurusan kawasan kediaman secara lebih sistematik melalui penyertaan pihak pengurusan profesional.

Menurut beliau, konsep berkenaan selari dengan keperluan semasa bandar yang semakin pesat berkembang, selain menyokong usaha mewujudkan persekitaran kediaman yang selesa, lestari dan berdaya huni.

“Konsep ini memberi nilai tambah kepada pembeli rumah, bukan sahaja dari segi keselamatan, tetapi juga dari sudut pengurusan komuniti yang lebih teratur dan efisien,” katanya.

DATUK Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman (tengah) merasmikan projek perumahan Cove 118 di Jalan Demak, Petra Jaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran projek perumahan Cove 118 di Jalan Demak, di sini, hari ini.

Tambahnya, projek tersebut merupakan antara perintis dalam kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan dijangka menjadi pemangkin kepada pemaju lain untuk mengadaptasi konsep sama dalam pembangunan akan datang.

SUASANA perasmian projek perumahan Cove 118 yang diserikan dengan pelepasan belon dan konfeti.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa penglibatan sektor swasta penting sebagai pelengkap kepada usaha kerajaan negeri dalam memenuhi keperluan perumahan, termasuk bagi golongan berpendapatan rendah.

“Jika diperluaskan, konsep ini mampu menyumbang kepada pembangunan bandar yang lebih terancang serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat secara menyeluruh,” ujarnya.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sim Kiang Chiok puji bantuan khas RM876.2 juta, lindungi rakyat Sarawak
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.