Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sim Kiang Chiok puji bantuan khas RM876.2 juta, lindungi rakyat Sarawak
  • TEMPATAN

Sim Kiang Chiok puji bantuan khas RM876.2 juta, lindungi rakyat Sarawak

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENASIHAT Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA), Dato Sim Kiang Chiok.

KUCHING: Tindakan pantas kerajaan Sarawak melaksanakan Bantuan Khas Kewangan Sarawak 2026 berjumlah RM876.2 juta disifatkan sebagai langkah tepat dalam melindungi rakyat daripada tekanan ekonomi susulan ketidaktentuan global.

Penasihat Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA), Dato Sim Kiang Chiok berkata, keputusan menaikkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang memberi manfaat kepada hampir 900,000 penerima mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap keadaan semasa rakyat.

Menurutnya, dalam suasana peningkatan kos tenaga dan makanan, bantuan tersebut memastikan golongan rentan menerima kelegaan segera.

“Ini menunjukkan pemahaman mendalam terhadap situasi rakyat di peringkat akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut memuji pemberian diskaun 25 peratus bil elektrik domestik serta pengurangan 50 peratus sewaan premis kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Katanya, langkah tersebut bukan sekadar bantuan, sebaliknya bertindak sebagai penstabil ekonomi yang membantu mengurangkan tekanan kos operasi serta memastikan kelangsungan perniagaan tempatan.

“Kerajaan negeri bukan sahaja membantu rakyat, malah melindungi momentum pertumbuhan ekonomi Sarawak,” ujarnya.

Tambah beliau, pakej bantuan itu turut membuktikan pendekatan prihatin kerajaan negeri walaupun dalam masa sama giat melaksanakan pembangunan infrastruktur dan tenaga hijau seperti Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar (SARES) serta pembinaan jambatan tanpa tol.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik pendirian Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang memantau kesan kenaikan kos khususnya dalam sektor pembinaan serta kesediaan mengambil tindakan berdasarkan data dan maklum balas industri.

Menurutnya, kepimpinan Premier Sarawak ketika ini bukan sahaja menyediakan perlindungan kepada rakyat, malah memastikan hala tuju ekonomi negeri terus kukuh pada masa hadapan.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Akaun bank bukan untuk disewa – Chong Chieng Jen
Next: Perumahan komuniti berpagar model baharu pembangunan bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.