Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pertukaran PM tidak jejaskan MA63, Sarawak kekal tegas
  • SEMASA

Pertukaran PM tidak jejaskan MA63, Sarawak kekal tegas

Utusan Sarawak 3 hours ago
TIMBALAN Menteri Pengangkutan (Sungai dan Maritim), Datuk Henry Harry Jinep ketika ditemui media selepas menghadiri program Pra-Gawai di sini hari ini. Foto Adele Rissa

KUCHING: Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kekal menjadi keutamaan Sarawak tanpa mengira siapa yang membentuk Kerajaan Persekutuan, termasuk sekiranya berlaku pertukaran kepimpinan selepas pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Henry Harry Jinep berkata pendirian Sarawak terhadap MA63 tidak akan berubah walaupun berlaku perubahan Perdana Menteri di peringkat Persekutuan.

“Sesiapa pun yang menjadi Kerajaan Persekutuan, MA63 sentiasa menjadi keutamaan kami. Sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau sesiapa sahaja, kita akan terus memperjuangkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Tenis Antara Bahagian Sarawak dan Kejohanan Tenis Tertutup Sarawak 2026 serta Makan Malam Barbeku sempena Sambutan Hari Gawai Dayak anjuran Persatuan Lawn Tennis Sarawak (SLTA), sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru menegaskan Sarawak telah melalui beberapa era pentadbiran Perdana Menteri sebelum ini, namun agenda MA63 kekal sebagai perjuangan konsisten negeri itu.

“MA63 merupakan prinsip asas yang perlu dihormati dan dilaksanakan seperti yang dipersetujui sejak penubuhan Malaysia.

“Kita tidak boleh katakan Perdana Menteri akan datang akan mengganggu perjuangan MA63. Ini prinsip kita. Rakyat Sarawak mahu MA63 diiktiraf dan dilaksanakan seperti yang dipersetujui,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata jentera Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk pilihan raya awal.

Mengulas perkembangan politik semasa, beliau berkata Sarawak tidak akan membuat andaian awal berhubung kemungkinan pilihan raya umum lebih awal, namun bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku. Kita akan lihat situasi apabila tiba masanya dan bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan negara terus stabil dan hak Sarawak di bawah MA63 terus terpelihara,” katanya.

Beliau menjelaskan keadaan politik Persekutuan termasuk spekulasi berhubung pilihan raya hanya akan dinilai berdasarkan perkembangan semasa tanpa sebarang andaian awal.

Untuk rekod, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memberi amaran bahawa pilihan raya boleh diadakan sekiranya kerjasama dalam gabungan kerajaan terus digugat, ketika spekulasi semakin meningkat mengenai kemungkinan pilihan raya umum lebih awal susulan perkembangan politik di peringkat Persekutuan termasuk dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Ribut petir, angin kencang di sepuluh negeri hingga 7.00 malam ini 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.