Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ribut petir, angin kencang di sepuluh negeri hingga 7.00 malam ini 
  • SEMASA

Ribut petir, angin kencang di sepuluh negeri hingga 7.00 malam ini 

Utusan Sarawak 7 hours ago
RIBUT petir, angin kencang di sepuluh negeri hingga 7.00 malam ini. Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan serta sembilan negeri hingga 7.00 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keadaan cuaca buruk itu, dijangka melanda seluruh negeri Terenganu; Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh).

Di Pahang kawasan yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin, manakala di Selangor melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin, manakala di Johor melibatkan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Menurut kenyataan itu amaran sama dikeluarkan bagi beberapa daerah di Sarawak termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah, kawasan diramal terjejas ialah Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat. – Bernama 

Continue Reading

Previous: FOMCA seru perkukuh pemantauan susulan perluasan SKDS
Next: Pertukaran PM tidak jejaskan MA63, Sarawak kekal tegas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.