Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri termasuk Sarawak hingga 8.00 malam ini
  • SEMASA

Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri termasuk Sarawak hingga 8.00 malam ini

Utusan Sarawak 6 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Metrologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga 8.00 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah (Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) dan seluruh negeri Kelantan.

Keadaan sama turut dijangka melanda Pahang (Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan) serta Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).

Di Selangor, kawasan terjejas ialah Hulu Selangor manakala di Negeri Sembilan ialah Jelebu dan Jempol.

Di Sabah cuaca buruk itu melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau dan Sandakan.

Sementara itu di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching (Lundu dan Kuching), Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Kapit (Song dan Kapit), Miri (Beluru dan Marudi) dan Limbang. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pertukaran PM tidak jejaskan MA63, Sarawak kekal tegas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.