Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pertanian bangunkan ekonomi masyarakat
  • TEMPATAN

Pertanian bangunkan ekonomi masyarakat

Utusan Sarawak 5 years ago
TERIMA KASIH… Rosey Yunus menyerahkan Bahan Input Pertanian kepada Ketua Kaum Abdul Rahman dari Kampung Bekenu Asli sebagai simbolik perasmian projek yang diadakan di Kampung Rambai Bekenu, semalam.

BEKENU : Pertanian merupakan satu perniagaan yang mampu menjana pendapatan lumayan untuk para petani masa kini.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata, Kerajaan Sarawak memberi penekanan kepada sektor pertanian sebagai usaha untuk  memperkasakan dan membangunkan ekonomi masyarakat melalui pertanian.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Input kepada peserta di Kampung Rambai semalam.

“Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sangat progresif tentang pembangunan pertanian yang menyeluruh di Sarawak ini dengan menyediakan pelbagai peruntukan bagi membangunkan sektor ini,” tambah beliau.

Menurut Rosey lagi, ini merupakan pendekatan Kerajaan Sarawak yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk membantu rakyat di negeri ini.

Menyentuh tentang bantuan pertanian seperti anak benih, baja, racun dan peralatan yang disediakan oleh kerajaann ini, beliau berkata  semuanya nanti akan membawa pulangan hasil dan pendapatan kepada para penerimanya.

Justeru beliau menggesa masyarakat setempat untuk terus memberi sokongan kepada kerajaan yang memerintah demi menjamin kesinambungan pembangunan di kawasan masing-masing.

Sementara itu, Projek Pertanian Berkelompok (Porjek AFF) anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat  Bekenu ini mempunyai tiga program pertanian iaitu Projek Kelapa Pandan yang disertai oleh 20 peserta, Projek Nanas (12 peserta) dan Projek Kopi (4 peserta).

Turut hadir  Pegawai Jabatan Pertanian Bekenu Ace Jawin, Ketua Kaum Amir Imran, Ketua Kaum Abdul Rahman dan Tuai Rumah Ayai Sawing.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Dua JKKK Kandis terima peruntukan
Next: Mangsa kebakaran terima bantuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.