Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Persiapan mesyuarat cawangan PBB Zon Utara
  • SEMASA

Persiapan mesyuarat cawangan PBB Zon Utara

Utusan Sarawak 4 months ago

BERI PESANAN...Awang Tengah ketika berbincang mengenai persiapan untuk majlis perasmian esok.

MIRI: Pendaftaran semua perwakilan dan pemerhati Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) seluruh zon utara dari Jepak ke Lawas bermula petang tadi. 

Raptai perasmian berlangsung jam 3 petang disaksi Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Seramai 1,386 perwakilan hadir dari 18 cawangan PBB yang ada di utara Sarawak

Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Utara 

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kecil Penerangan dan Publisiti mesyuarat perwakilan cawangan zon tersebut, Dato Paulus Paulu Gumbang, mesyuarat berkenaan turut dihadiri pergerakan Wanita dan Pemuda parti, sayap belia dan 55 veteran selain pemerhati.

Awang Tengah yang juga Timbalan Premier Sarawak hadir di Hotel Pullman Miri untuk meninjau persiapan akhir majlis perasmian yang akan dilakukan Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Premier Sarawak. 

Semua 18 Cawangan PBB daripada N. 65 hingga N. 82 berkampung di Miri bermula hari ini, dengan sebanyak 15 usul dibentang.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: SESCO perkenal format bil elektrik baharu bermula Isnin depan
Next: Sukan SEA 2027: Sarawak giat buat persiapan rapi – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.