Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perpaduan, toleransi harta bernilai perlu dipelihara
  • Selatan
  • WILAYAH

Perpaduan, toleransi harta bernilai perlu dipelihara

Utusan Sarawak 3 weeks ago
HADIR… Temenggung Piee Alwi semasa hadir merasmikan majlis Ramah Tamah Aidilfitri SK Tuie, semalam. Foto Saribas Daily

SARIBAS: Perpaduan dan toleransi yang ada pada rakyat di negara ini meskipun mempunyai pelbagai kaum dan agama merupakan satu harta bernilai yang perlu dipelihara dengan baik.

Temenggung Piee Alwi berkata perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini perlu terus dikekalkan bagi mewujudkan persefahaman antara rakyat dan kestabilan negara.

“Saya menyeru masyarakat setempat terutamanya seluruh warga sekolah ini supaya sentiasa mengamalkan konsep kerjasama serta memperkukuh semangat saling bermaafan dalam kehidupan bermasyarakat.

“Hidup bermasyarakat memerlukan toleransi, saling menghormati dan semangat kekitaan yang kukuh. Inilah nilai-nilai murni yang perlu dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Sekolah Kebangsaan (SK) Tuie, dekat sini semalam.

Piee berkata rakyat di negeri ini harus bersyukur dengan keadaan yang harmoni ini mem­bolehkan kita hidup bersatu padu, saling bantu-membantu dan apa yang penting kita dapat meraikan setiap perayaan dalam keadaan aman.

“Kalau kita lihat di sesetengah negara luar yang sedang bergolak sekarang ini mereka meraikan perayaan dalam keadaan serba kekurangan dan tidak tenteram,” ujarnya.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran para ibu bapa, penjaga serta murid-murid SK Tuie yang bersama-sama memeriahkan sambutan. Pelbagai acara menarik dan jamuan tradisional Aidilfitri turut disediakan, menambahkan lagi keceriaan suasana.

Penganjuran majlis ini dilihat sebagai platform penting untuk mempereratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan komuniti setempat, selaras dengan aspirasi membentuk masyarakat yang bersatu, berakhlak mulia dan sejahtera.
Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pengorbanan anggota bomba wajar dihargai
Next: RM450,000 diluluskan, bina kawasan letak kereta, tapak penganjuran program komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.