Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perpaduan rumah panjang jadi asas kemajuan komuniti
  • Selatan
  • WILAYAH

Perpaduan rumah panjang jadi asas kemajuan komuniti

Utusan Sarawak 4 hours ago
AHLI Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie semasa menghadiri Majlis Mangkung Tiang di Rumah Langkat yang terletak di Kedang, Undop, semalam. Foto Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sri Aman

SIMANGGANG: Institusi rumah panjang bukan sekadar struktur kediaman fizikal, malah ia merupakan simbol kebersamaan yang menjadi teras kepada keharmonian dan kestabilan landskap sosial di Sarawak.

​Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie berkata, kesejahteraan dan kemajuan komuniti bermula daripada semangat perpaduan, kerjasama serta persefahaman yang kukuh dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi bagi komuniti yang hidup bersama di bawah satu bumbung rumah panjang.

​Menurut beliau, masyarakat Iban sememangnya sinonim dengan budaya hidup berumah panjang yang menjadi lambang identiti, warisan serta kekuatan masyarakat Dayak sejak turun-temurun. 

Keunikan cara hidup ini katanya perlu dipertahankan agar nilai estetika dan falsafah sosialnya tidak hilang ditelan zaman.

​”Budaya berumah panjang ini perlu terus dipelihara dan diperkasakan kerana ia memperlihatkan semangat kekitaan yang tinggi, saling menghormati, bertolak ansur dan sentiasa mengutamakan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat,” jelas beliau.

AHLI Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie semasa menghadiri Majlis Mangkung Tiang di Rumah Langkat yang terletak di Kedang, Undop, semalam. Foto Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sri Aman

​Beliau turut menambah bahawa dalam mengemudikan komuniti yang unik ini, aspek tadbir urus di peringkat akar umbi amat kritikal di mana kepimpinan yang berwibawa dan berintegriti amat penting bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

​Beliau berkata demikian semasa berucap menghadiri Majlis Mangkung Tiang di Rumah Langkat yang terletak di Kedang, Undop, semalam. 

​Dalam ucapan sama, Doris turut menegaskan bahawa nilai-nilai murni yang diamalkan dalam institusi rumah panjang seperti perpaduan, toleransi dan saling menghormati harus terus disemai dalam diri setiap anak Sarawak tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang.

​”Inilah kekuatan sebenar Sarawak yang perlu terus kita pertahankan demi menjamin masa depan yang aman, stabil dan sejahtera untuk generasi akan datang,” tambahnya.

​Sementara itu, majlis berkenaan turut menyaksikan upacara keagamaan yang berjalan lancar di mana majlis pemberkatan rumah panjang telah dipimpin dan disempurnakan oleh Rev. Fr. Jeksion Tay mengikut tradisi keagamaan mereka.

​Turut menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis tersebut ialah Tuai Rumah Langkat Abang yang merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis bersejarah itu.

​Untuk rekod, Rumah Langkat merupakan sebuah rumah panjang moden yang mempunyai 45 pintu dan terletak strategik di pinggir Bandar Simanggang, menjadikannya antara penempatan komuniti yang berkembang pesat.

​

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Persatuan wanita perkasa pembangunan komuniti luar bandar
Next: Tradisi kunjung-mengunjung perkukuh perpaduan kaum di Baram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.