Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Perokok lebih mudah dijangkiti Covid-19
  • GLOBAL

Perokok lebih mudah dijangkiti Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago
Kajian saintis Perancis yang dimuat naik dalam portal Qeios pada akhir April mengatakan merokok boleh menjadi faktor dilindungi dijangkiti Covid-19. • Foto Bernama

ANKARA: Golongan perokok lebih mudah terdedah dan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 berbanding mereka yang tidak merokok, menurut kajian pakar kesihatan awam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor agensi berita Anadolu. 

“Covid-19 adalah penyakit berjangkit yang menyerang paru-paru,” kata WHO dalam satu kenyataan. 

“Merokok mengganggu fungsi paru-paru boleh menyebabkan tubuh badan  sukar untuk melawan virus Covid-19 dan penyakit lain,” tambah kenyataan itu.

WHO turut memberi amaran kepada penyelidik, saintis dan media yang menguatkan dakwaan kononnya tembakau atau nikotin dapat mengurangkan risiko Covid-19.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas beberapa kajian menunjukkan jumlah orang yang tidak merokok lebih ramai dijangkiti Covid-19 berbanding perokok.

Kajian saintis Perancis yang dimuat naik dalam portal Qeios pada akhir April mengatakan merokok boleh menjadi faktor dilindungi dijangkiti Covid-19. 

Menurut penyelidik itu hanya lima peratus daripada 482 pesakit Covid-19 di hospital Pitie-Salpetriere di Paris pada 28 Februari-9 April adalah perokok.

Sementara itu, dalam kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine pada akhir Mac, mendedahkan hanya 12.6 peratus dari 1,099 orang dijangkiti virus itu terdiri mereka yang merokok. Kadar merokok di China sekitar 28 peratus. 

Menurut WHO, tembakau membunuh lebih lapan juta orang di seluruh dunia setiap tahun. Lebih tujuh juta kematian disebabkan penggunaan tembakau secara langsung dan sekitar 1.2 juta akibat terdedah kepada asap rokok- Bernama

Continue Reading

Previous: Ribuan sekolah kembali dibuka di Perancis
Next: Pantry of Sharing ringankan beban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.