Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perniagaan dalam talian alternatif terbaik
  • TEMPATAN

Perniagaan dalam talian alternatif terbaik

Utusan Sarawak 5 years ago

MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Yussibnosh Balo masih menganggap perniagaan secara dalam talian sebagai alternatif terbaik.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kebenaran untuk  berjual dilingkungan kediaman secara tapau pada bulan Ramadan ini.

“Sekiranya bazar Ramadan seperti yang berkenaan ingin dibuat, perlu ada SOP daripada KKM untuk dipatuhi oleh semua masyarakat,” katanya.

Dia percaya bukan satu atau dua keluarga sahaja yang mungkin akan melakukan yang sama dengan membuka gerai di kawasan rumah masing-masing.

“Sebagai contoh jika terdapat ramai peniaga yang berniaga di halaman rumah masing-masing di satu kawasan, maka ia akan membentuk satu kelompok baazar ramadan baru dan ini akan menggalakkan peniaga dan orang ramai untuk berkumpul,” ujar dia lagi.

Justeru katanya, keadaan ini akan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP )yang sedang berkuatkuasa.

“Pelbagai lapisan masyarakat termasuk bukan Islam akan mengunjungi gerai berkenaan dan kesesakan akan berlaku jika tidak dikawal. Ini akan mengundang penularan kepada Covid-19 untuk terus tersebar. Saya berpendapat bahawa perniagaan secara dalam talian adalah alternatif terbaik di musim pademik yang berlaku sekarang,” tegas Yussibnoah.

Continue Reading

Previous: Simply Tasty Bakery tampil menyalurkan bantuan
Next: Syukur jasad anak ditemui”

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.