Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari ini  
  • SEMASA

Permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari ini  

Utusan Sarawak 3 months ago

PUTRAJAYA: Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 ke program asasi, sijil, diploma dan Ijazah Sarjana Muda melalui UPUOnline dibuka mulai 10 Februari hingga 14 Mac, bagi permohonan Fasa Pertama, dan dari 14 April hingga 18 Mei  bagi Fasa Kedua.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan dibuka bagi kemasukan ke 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 106 Kolej Komuniti dan dua institusi MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).

Menurut kenyataan KPT, permohonan terbuka kepada pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, bagi semua program pengajian untuk permohonan Fasa Pertama manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan atau tanpa ujian, dibuka bagi Fasa Kedua.

“Semua calon yang berkelayakan dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian ke peringkat pendidikan tinggi.

“Sebanyak 350 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan SPM dan 1,131 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan STPM atau setaraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA BPT seluruh negara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan KPT itu memaklumkan pembelian Nombor Pin UPUOnline® boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 mesin teler automatik (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN mulai 9 Feb sebelum mengemukakan permohonan.

“BSN akan mengeluarkan Nombor Pin berserta salinan resit pembayaran.

“Pemohon juga diminta untuk memastikan slip pembayaran disimpan untuk rujukan sebagai bukti sah pembelian,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jumlah mangsa banjir di Sarawak bertambah 165 orang, jumlah terkini 4,705 individu terjejas
Next: Petros sumbang RM2 juta, bantu penduduk terjejas banjir 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.