Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Permohonan permit Rentas Sempadan Kenderaan Barangan ASEAN kini dibuka  – APAD
  • SEMASA

Permohonan permit Rentas Sempadan Kenderaan Barangan ASEAN kini dibuka  – APAD

Utusan Sarawak 2 months ago
GAMBAR fail pada 2021 menunjukkan deretan kenderaan kargo yang membawa barangan keperluan tersekat di pintu sempadan Brunei dan Lawas akibat perintah kawalan sempadan diperketatkan.

KUALA LUMPUR: Permohonan permit Rentas Sempadan Kenderaan Barangan ASEAN (AGVCB) bagi pengoperasian di bawah Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai Kemudahan Pengangkutan Antara Negara(AFAFIST) yang bermula 6 April depan, kini boleh dikemukakan secara dalam talian.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pengendali kenderaan barangan yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan menerusi pautan https://iportal.ispkp.gov.my.

APAD memaklumkan menerusi perjanjian AFAFIST itu, pengendali berlesen dan berkelayakan berpeluang untuk menjalankan operasi rentas sempadan melibatkan pergerakan kenderaan barangan merentasi sempadan antara dua negara anggota ASEAN yang bersebelahan.

“Ini antara langkah strategik untuk mengukuhkan integrasi ekonomi di rantau ASEAN. Dengan memudahkan pergerakan kenderaan barangan, perjanjian ini membantu mengurangkan halangan perdagangan, meningkatkan kecekapan logistik dan perdagangan antara negara ASEAN.

“Perjanjian ini mencerminkan komitmen negara ASEAN untuk mengukuhkan integrasi ekonomi serantau, APAD menggalakkan pengendali berkelayakan untuk mengemukakan permohonan agar dapat memperkukuh kelancaran perdagangan dan logistik antara negara ASEAN,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, bagi membolehkan kenderaan barangan pengendali pengangkutan Malaysia yang berkelayakan untuk memohon permit AGVCB, APAD memaklumkan pengendali berlesen di negara ini adalah dikecualikan daripada pemakaian had berat maksimum dengan muatan dibenarkan.

“Ia seperti dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Peraturan-Peraturan Pengangkutan Awam Darat (Peredaran Antarabangsa) (Kenderaan Barangan Rentas Sempadan ASEAN) 2023,” menurut kenyataan itu yang turut memaklumkan tempoh pengecualian adalah sehingga 2 Mac 2028. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Projek rintis eCOSS akan dilaksana tahun ini, kawal minyak masak subsidi peringkat runcit  
Next: Henti buat andaian, tohmahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.