Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Permohonan BKSS tidak diperlukan
  • TEMPATAN

Permohonan BKSS tidak diperlukan

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Senarai penerima bayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) adalah merupakan senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada Januari 2020 yang diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion berkata, oleh yang demikian, permohonan bagi BKSS adalah tidak diperlukan.

“Untuk memastikan bantuan ini dapat disalurkan dengan teratur dan efisien maka cara pembayaran akan bagi penerima yang memiliki akaun bank berdaftar, bantuan akan disalurkan ke akaun bank masing-masing pada setiap 15 hari bulan untuk tempoh selama enam bulan bermula dari April hingga September 2020.

“Manakala lebih daripada 23,000 penerima bantuan yang tidak memiliki akaun bank berdaftar akan disalurkan melalui Pejabat Cawangan Perbendaharaan Negeri yang berdekatan dengan tempat kediaman penerima bantuan melalui dua fasa.

“Fasa pertama adalah pada 15 hingga 30 April ini, sementara fasa kedua adalah dari 15 hingga 30 Ogos 2020,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, semalam.

Untuk rekod, pada 23 Mac lalu, Kerajaan Sarawak telah mengumumkan BKSS kepada rakyat Sarawak dari kategori berpendapatan rendah kumpulan B40.

Seramai 430,000 rakyat Sarawak akan menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM250 untuk enam bulan yang mana bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban golongan sasar dalam menghadapi kesan Covid-19.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak turut menggalakkan penggunaan pembayaran dan perbelanjaan melalui SarawakPay penularan wabak Covid-19.

Continue Reading

Previous: Penduduk luar bandar diberi kelonggaran
Next: Penduduk di Dalat berharap kekal zon bebas Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.