Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perlu bijak tangani situasi
  • TEMPATAN

Perlu bijak tangani situasi

Utusan Sarawak 5 years ago
MANFAATKAN… Datuk Francis Harden Hollis menyerahkan cek MRP kepada Tuai Rumah Sanggau pada program turun di Sungai Reboh, Batu Lintang, Sri Aman.

SIMANGGANG: Nasib generasi masa hadapan boleh tergadai sekiranya pemimpin kampung atau taman perumahan di sini tersilap langkah dalam menentukan hala tuju pembangunan komuniti masing-masing.

Ini keran, perkembangan politik negara sekarang berupaya memberi kesan terhadap hidup mereka dengan para pemimpinnya perlu bertindak bijak bagi menangani situasi itu dari masa ke semasa, kata Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis.

“Buat masa ini proses pembangunan di kawasan mereka peringkat kampung dan taman perumahan masih diberi penekanan oleh kerajaan negeri pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan tidak lagi menerusi pakatan lama iaitu Barisan Nasional (BN).

“Rentak pembangunan ini masih kekal…bagaimanapun rentak tersebut mungkin boleh terganggu jika penduduk itu bertindak memilih pucuk pimpinan yang bukan dari GPS kata beliau.

Harden berkata demikian ketika berucap pada program turun padang penyerahan cek peruntukan Projek Peruntukan Kecil Luar Bandar (MRP) di Rumah Sanggau, Sungai Reboh, Batu Lintang di sini.

Selain itu, beliau dalam ucapannya pada majlis itu juga mengingatkan penduduk bahawa perjuangan Kerajaan Sarawak adalah jelas dan terus bermatlamatkan pembangunan infrastruktur sehingga masa sekarang.

“Hanya orang Sarawak sahaja yang tahu kehendak dan aspirasi pembangunan penduduk dalam negeri ini mengikut acuan sendiri tanpa perlu mengharapkan panduan daripada orang luar.

“Kehendak dan aspirasi ini akan dapat terus dicapai selagi penduduk terus memberi sokongan penuh terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS) berbanding dengan sokongan terhadap parti luar yang belum tentu dapat memahami kehendak mereka kelak,”katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang pada program itu bertindak menyerahkan cek MRP bernilai RM3,000 kepada Tuai Rumah (Tr) Sanggau, Sungai Reboh, Undop Batu Lintang bagi menyokong aktiviti rumah panjang sepanjang tahun ini.

Continue Reading

Previous: Jangan bergantung pada laporan bertulis
Next: PGA rampas barang seludup bernilai RM112,624

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.