Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perkukuh semangat perpaduan, amalan kongsi rezeki
  • Utara
  • WILAYAH

Perkukuh semangat perpaduan, amalan kongsi rezeki

Utusan Sarawak 2 months ago
AGIH BUBUR LAMBUK… Chiew Choon Man ketika mengagihkan bubur lambuk kepada salah seorang penduduk pada Program Edaran Bubur Lambuk, baru-baru ini.

MIRI: Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, mengagihkan 1,000 bungkus bubur lambuk sempena Program Edaran Bubur Lambuk yang diadakan di Surau Darul Ikhlas dan Masjid Darul Istiqamah di sini, baru-baru ini.

Menurut Chiew program seperti ini bukan sahaja membantu mereka menjalani ibadah puasa, tetapi juga memperkukuhkan semangat perpaduan serta amalan berkongsi rezeki dalam kalangan masyarakat.

Katanya, program ini bertujuan untuk menyantuni penduduk setempat dengan mengagihkan bubur lambuk sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan dalam menyambut Ramadan yang penuh keberkatan.

“Bubur lambuk bukan sekadar juadah berbuka, tetapi ia melambangkan kasih sayang, kebersamaan dan sifat tolong-menolong yang menjadi asas kepada keharmonian dalam komuniti kita.

“Saya amat menghargai usaha pihak surau dan masjid serta komuniti setempat dalam menjayakan program ini,” katanya.

Tambahnya, sokongan dan kerjasama yang erat antara masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO), serta para sukarelawan membuktikan bahawa semangat gotong-royong masih subur dan menjadi satu elemen penting dalam mengukuhkan hubungan.

“Sebagai Ahli Parlimen Miri, saya berharap penduduk sekitar kawasan Miri dapat terus mengamalkan semangat kebersamaan, saling bantu-membantu serta menyemarakkan budaya prihatin terhadap mereka yang memerlukan.

“Ramadan adalah bulan yang mengajar kita erti kesabaran, kesyukuran dan keikhlasan dalam memberi.

“Justeru, saya berharap program ini dapat menjadi satu inspirasi untuk kita semua terus menyebarkan kebaikan di dalam masyarakat,” jelasnya lagi.
Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ular merayap di besi tirai
Next: Kongsi keberkatan Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.