Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perkukuh program komuniti, tingkatkan kesejahteraan penduduk kampung
  • Selatan
  • WILAYAH

Perkukuh program komuniti, tingkatkan kesejahteraan penduduk kampung

Utusan Sarawak 3 weeks ago
HADIR… Dato Sri Julaihi Narawi hadir pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Surau Darul Falah, Kampung Masjid, Sebuyau. Foto UKAS

SEBUYAU: Komitmen Kerajaan Sarawak dalam memperkasa komuniti luar bandar terus dizahirkan apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Masjid di sini menerima peruntukan sebanyak RM25,000.

Sumbangan dana tersebut bertujuan memperkukuh pelaksanaan pelbagai program pembangunan komuniti yang dirancang bagi meningkatkan kesejahteraan penduduk kampung pada masa hadapan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, sumbangan ini bertujuan untuk melancarkan pelaksanaan pelbagai program komuniti dan pembangunan kampung, termasuk inisiatif memelihara budaya tradisi serta memperkukuh semangat muafakat dalam kalangan penduduk.

DUIT RAYA… Dato Sri Julaihi Narawi menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak kampung. Foto UKAS

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang diadakan di Surau Darul Falah, Kampung Masjid, di sini hari ini.

Majlis yang dianjurkan oleh JKKK dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Falah itu juga diserikan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan serta penyampaian duit raya kepada kanak-kanak kampung.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah wakil Residen Bahagian Samarahan Anuar Da’an, Pegawai Daerah Sebuyau Ayuradiman Bujang dan Penghulu Abu Seman Suhaili dan Ketua Masyarakat Kampung Masjid Abang Sepawi Abang Junaidi.

Sumbangan ini diharap menjadi pemangkin kepada pembangunan berterusan di Kampung Masjid Sebuyau, selari dengan aspirasi kerajaan untuk membangunkan komuniti luar bandar secara menyeluruh. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Simunjan dekati, fahami isu rakyat
Next: RM80 juta diperuntukkan, laluan strategik ke Sibu-Tanjung Manis bakal dibina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.