Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perkukuh pembangunan masyarakat, ekonomi
  • Tengah
  • WILAYAH

Perkukuh pembangunan masyarakat, ekonomi

Utusan Sarawak 3 months ago
DATUK Len Talif menyampaikan hadiah kepada pemenang pada majlis makan malam Koperasi Bersatu Anak Rajang Berhad (KOBARA) di Dewan Masyarakat Kampung Rajang semalam.

RAJANG: Koperasi Bersatu Anak Rajang Berhad (KOBARA) disarankan untuk memperkukuh pembangunan masyarakat dan ekonomi dengan menganjurkan program berimpak tinggi seperti bengkel keusahawanan, latihan kemahiran, dan forum ekonomi.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, koperasi memainkan peranan penting dalam memperkukuh daya saing ekonomi masyarakat setempat.

“Saya percaya koperasi ini mampu memainkan peranan lebih besar dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja berunsur hiburan, tetapi juga merangkumi aspek keusahawanan dan kegiatan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam KOBARA 2025 di Dewan Masyarakat Kampung Rajang di sini, semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang itu, moperasi berpotensi untuk terus berkembang dan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di kawasan ini dengan pendekatan yang strategik dan inklusif.

Tambah Len, beliau menggalakkan KOBARA untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk agensi kerajaan dan swasta, bagi meneroka lebih banyak peluang dalam sektor ekonomi.

Dalam pada itu, majlis yang dihadiri sekitar 200 tetamu itu turut dimeriahkan dengan pertandingan karaoke yang bukan sahaja bertujuan menghiburkan masyarakat tetapi juga memberi ruang kepada bakat seni suara tempatan untuk diketengahkan.

“Saya amat berbangga dengan inisiatif KOBARA menganjurkan program berbentuk kemasyarakatan seperti ini kerana ia mencerminkan usaha koperasi dalam menyatukan masyarakat sambil memberi peluang untuk menyerlahkan bakat seni,” katanya.

Beliau turut berharap agar program seumpama ini diteruskan pada masa hadapan dengan penyertaan lebih besar, termasuk golongan muda, bagi memperkukuh pembangunan sosial dan ekonomi komuniti setempat.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jalan pertanian beri manfaat kepada petani tempatan
Next: Rondaan di tiga kawasan berisiko banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.