Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum, agama
  • Tengah
  • WILAYAH

Perkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum, agama

Utusan Sarawak 2 months ago
BERBUKA PUASA… Dato Sri Tiong King Sing memukul beduk sebagai tanda masuk waktu berbuka pada majlis Iftar Karnival Bazar Ramadan YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Bersama Komuniti Di Sibu Jaya di Masjid Al-Madinatul Husna Sibu Jaya petang semalam.

SIBU: Majlis Iftar Karnival Bazar Ramadan YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Bersama Komuniti Di Sibu Jaya mencerminkan semangat Ramadan di bandar baharu itu amnya dan Sibu yang terus memperkukuhkan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama.

Acara itu, yang turut disertai masyarakat bukan Islam, menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum dan agama serta menjadi asas kepada perpaduan dan keharmonian.

Seramai kira-kira 3,000 pengunjung telah menghadiri acara tersebut yang telah berlangsung di pekarangan Masjid Al-Madinatul Husna Sibu Jaya, petang semalam.

MERIAH… Majlis Iftar Karnival Bazar Ramadan YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Bersama Komuniti Di Sibu Jaya dianjurkan penuh meriah.

Dalam pada itu, menterinya, Dato Sri Tiong King Sing mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Kampung Sibu Jaya dan Masjid Al-Madinatul Husna Sibu Jaya kerana telah membantu menganjurkan majlis ini.

“Di kesempatan ini, saya juga mengucapkan terima kasih kepada gerai kerana membantu kita memasak dan menyediakan juadah berbuka puasa.

“Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir pada majlis di Masjid Al-Madinatul Husna Sibu Jaya ini,” katanya kepada pemberita.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong itu akan berusaha dengan sedaya upaya untuk menganjurkan majlis seumpama itu pada setiap tahun.

“Ada orang berharap dapat menganjurkan majlis ini setiap tahun. Saya akan cuba sedaya upaya menganjurkannya setiap tahun untuk berbuka puasa di kawasan Sibu Jaya ini,” kata beliau.
Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir tiga kampung di Kapit surut sepenuhnya
Next: Banjir semakin menurun di Kanowit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.