Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Perkhidmatan di Masjidilharam dipertingkat untuk 10 hari terakhir Ramadan
  • GLOBAL

Perkhidmatan di Masjidilharam dipertingkat untuk 10 hari terakhir Ramadan

Utusan Sarawak 2 months ago

Jumlah hidangan iftar yang disediakan kepada jemaah umrah dan pengunjung masjid pada tahun ini meningkat berikutan pertambahan bilangan jemaah. Gambar AFP

MAKKAH: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi telah meningkatkan kapasiti perkhidmatan di Masjidilharam dengan ketara sebagai persiapan menghadapi 10 hari terakhir Ramadan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA). 

Ribuan kakitangan dan peralatan telah dikerahkan bagi memastikan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk jemaah di dalam masjid serta halamannya.

Pihak berkuasa itu telah menempatkan pasukan di 38 lokasi bagi menjawab pertanyaan, selain mengerahkan petugas khas untuk membersihkan masjid dalam tempoh hanya 35 minit. 

Setiap hari, sebanyak 20 sesi semburan wangian dilakukan menggunakan lebih dua kilogram oud. 

Menurut SPA, sebanyak 428 eskalator, 28 lif, 1,300 pembesar suara elektrik, serta sumber kuasa sehingga 90,000 tan telah disediakan bagi menyejukkan Masjidilharam.

Selain itu, perkhidmatan penyimpanan bagasi percuma serta kawasan solat khas untuk warga emas dan orang kurang upaya turut disediakan bagi memastikan keselesaan maksimum.

Pihak berkuasa juga menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak 24 jam, menyediakan troli bagi memudahkan pelaksanaan ibadah, ruang solat khas untuk iktikaf sepanjang 10 hari terakhir Ramadan serta platform tempahan pengangkutan bersepadu, bagi memastikan pengalaman yang lancar kepada semua jemaah. – Bernama-SPA

Continue Reading

Previous: Indonesia sediakan 404 pesawat mudahkan perjalanan pulang Aidilfitri 2025
Next: Tesla tarik balik Cybertruck akibat masalah trim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.