Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perkhidmatan bas ekspres Sibu ke Kapit kembali beroperasi
  • Tengah
  • WILAYAH

Perkhidmatan bas ekspres Sibu ke Kapit kembali beroperasi

Utusan Sarawak 2 months ago
KEADAAN Jalan ke Jambatan Durin boleh dilalui oleh kenderaan kecil sekarang. Foto Teng Mee Hieng

SIBU: Perkhidmatan bas ekspres dari Sibu ke Kapit kini kembali beroperasi seperti biasa selepas keadaan banjir di beberapa kawasan yang terjejas sebelum ini beransur pulih.

Pengarah Urusan Kapit Bus Express Sdn. Bhd., Teng Mee Hieng, berkata perkembangan itu merupakan berita baik bagi penduduk yang ingin pulang ke Kapit atau ke Sibu.

“Perkhidmatan bas Kapit sudah kembali seperti sedia kala bermula hari ini. Jalan utama menuju ke Kapit sudah boleh dilalui dan keadaan semakin pulih,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, katanya, paras air di Jambatan Durin juga telah menunjukkan penurunan, sekali gus membolehkan kenderaan kecil dan bas melalui kawasan berkenaan.

Terdahulu, operasi bas Kapit terpaksa diberhentikan selama dua hari selepas laluan utama ke Kapit telah dinaiki air sehingga menyukarkan pergerakan kenderaan terutama bas dan kenderaan kecil.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Bintangor jalankan rondaan pemantauan
Next: Sokongan terhadap persatuan majukan sektor perniagaan tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.