Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perkasakan hidup wanita – Francisca
  • TEMPATAN

Perkasakan hidup wanita – Francisca

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Francisca Luhong James bergambar bersama para penyokongnya pada Majlis Sambutan Rasmi Ketibaan Miss Universe Malaysia 2020 di Kuching, semalam.

KUCHING: ‘Memperkasakan hidup wanita,’ adalah misi Ratu Cantik Malaysia (Miss Universe) 2020, Francisca Luhong James.

Katanya, setiap wanita di negara ini perlu dibantu dari segi ekonomi dan kehidupan mereka.

“Kita lahir daripada pelbagai latar belakang.

“Misi saya untuk wanita di luar sana adalah untuk membantu mereka terutama yang mempunyai produk untuk dipasarkan.

“Saya akan cuba sedaya upaya membawa perkara ini ke peringkat lebih tinggi untuk mengubah hidup wanita terutama generasi muda,” katanya pada sidang media Majlis Sambutan Rasmi Ketibaan Ratu Cantik Malaysia 2020 di Kuching, semalam.

Anak sulung daripada tiga adik-beradik ini turut menasihati wanita supaya terus yakin dalam apa juga keadaan.

“Saya sebelum ini seorang yang pemalu dan selalu bergetar ketika berada di atas pentas tetapi setelah dilatih, saya lebih yakin berdepan dengan orang ramai.

“Sebagai wanita kita mesti berani ke depan dan mesti tonjolkan diri,” ujarnya.

Francisca juga berhasrat untuk meneruskan pengajiannya ke peringkat sarjana selepas ini setelah mendapat tajaan biasiswa daripada Universiti Help.

Ditanya mengenai persiapan untuk merebut gelaran Ratu Cantik Dunia 2020, Francisca memberitahu dirinya perlu kuat dari segi mental dan fizikal.

“Banyak latihan perlu dilakukan, sekurang-kurangnya saya memerlukan enam bulan untuk menghadapi pertandingan peringkat dunia,” katanya.

Continue Reading

Previous: Hayati sejarah pembentukan Malaysia
Next: Garis panduan tatacara masuk Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.