Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perkasa belia jadi peneraju
  • Tengah
  • WILAYAH

Perkasa belia jadi peneraju

Utusan Sarawak 3 months ago
ANGKAT SUMPAH… Ting Min Min (kanan) mengangkat sumpah sebagai presiden baharu JCI Seduan menggantikan Vincent Wong (kiri) sambil disaksikan Joseph Chieng di Sibu, malam tadi.

SIBU: Junior Chamber International (JCI) terus memainkan peranan penting dalam memperkasa golongan belia untuk menjadi peneraju perubahan dan pembangunan di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng menegaskan bahawa kini adalah masa yang tepat untuk membina Sarawak dengan usaha bersama daripada pelbagai pihak, termasuk belia yang bersemangat dan inovatif.

“Anda bukan sahaja pemimpin masa depan, tetapi pemimpin hari ini. Inisiatif yang anda jalankan, daripada perkhidmatan masyarakat hingga keusahawanan, memberi impak besar kepada pembangunan Sarawak dan kemajuan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Upacara Angkat Sumpah serta Penyampaian Anugerah Bersama JCI Seduan dan JCI Youth Universiti Teknologi Sarawak (UTS) yang berlangsung di UTS, malam tadi.

Menurut Chieng, kepimpinan belia harus berteraskan pembelajaran berterusan, kebolehsuaian dan ketahanan dalam menghadapi cabaran.

“Sebagai pemimpin muda, peranan anda bukan hanya mengejar kejayaan peribadi, tetapi juga memberi inspirasi kepada orang lain, mencipta platform pertumbuhan dan memastikan kemajuan sampai ke setiap pelosok Sarawak,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa Sarawak kini berada di ambang perubahan besar dengan pembangunan infrastruktur utama, kemajuan ekonomi digital dan usaha ke arah kelestarian.

Namun, kejayaan ini bergantung kepada peranan aktif golongan belia dalam membentuk dasar, memacu perniagaan dan memperkasakan komuniti.

“JCI Seduan dan JCI Youth UTS menjadi contoh terbaik dalam membangunkan kepimpinan, keusahawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan belia Sarawak. Projek-projek, program bimbingan, dan penglibatan komuniti yang dijalankan membuktikan bahawa perubahan bermula dari peringkat akar umbi,” katanya lagi.

Beliau turut menggesa golongan muda untuk terus mengamalkan misi JCI dalam menyediakan peluang pembangunan yang memperkasakan mereka ke arah perubahan positif.

“Berani dalam cita-cita anda, teguh dalam nilai-nilai anda, dan bekerjasama dengan kerajaan, sektor swasta, dan organisasi komuniti untuk menangani cabaran serta membina masa depan yang lebih baik,” tegasnya.

Dalam majlis tersebut, beliau turut mengucapkan penghargaan kepada kepimpinan terdahulu serta mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa baharu yang dilantik.

Turut hadir, Naib Presiden Eksekutif JCI Malaysia merangkap Presiden JCI Sarawak, Tan Chin Jie, Presiden JCI Seduan, Ting Min Min, Presiden JCI Youth UTS, Aloysius Sim, dan Pengerusi Penganjur, Lau Yi Shyan.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Urus tanah perkuburan seperti taman
Next: Dato Sri Wahab terus santuni warga memerlukan di Matu, Daro sempena Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.