Perkampungan Data Kakus dilanda banjir

Facebook
WhatsApp
BANJIR… Keadaan rumah yang dinaiki air.

ELLIE EDWARD

TATAU: Perkampungan Data Kukus, Tatau mengalami banjir berikutan hujan lebat dan berpanjangan sejak semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Christus Buson berkata, perancangan dan atur gerak pasukan peninjau telah dilakukan untuk operasi berkenaan.

Beliau memaklumkan bahawa, pasukan tersebut akan digerakkan ke kawasan terjejas banjir di Data Kukus selama dua hari.

Katanya, Pos Bomba di Data Kukus juga dibuka dengan kekuatan tujuh anggota bagi tujuan operasi pemantauan kawasan yang berisiko banjir.

Sementara itu, pasukan yang akan digerakkan ke kawasan terbabit selama dua hari itu adalah dengan objektif untuk mendapatkan maklumat, penyelamatan mangsa dan pemindahan mangsa.

Penjawat awam digesa tingkat kemahiran AI

PETRA JAYA: Penjawat awam perlu memperkukuh penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus digital bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus