Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Perjalanan enam orang pelajar ke sekolah bertukar tragedi, van dinaiki terbabas
  • KEMALANGAN

Perjalanan enam orang pelajar ke sekolah bertukar tragedi, van dinaiki terbabas

Utusan Sarawak 7 months ago
REMUK… Keadaan van yang terbalik setelah terjunam ke dalam cerun tebing jalan di Kampung Pangkalan Tebang, Bau, pagi tadi.

BAU: Perjalanan enam orang pelajar ke sekolah bertukar tragedi apabila van yang mereka naiki terbabas di cerun tebing jalan di Kampung Pangkalan Tebang, di sini, pagi tadi.

Ketika kejadian sekitar 7.30 pagi itu, tiga pelajar lelaki dan tiga pelajar perempuan beserta seorang pemandu dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lake, Bau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau, Tawang Linggem berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden pada 7.51 pagi.

Bertindak atas laporan, seramai tujuh anggota dari BBP Bau dikejarkan ke lokasi yang terletak 18 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi kejadian sekitar 8.09 pagi, Komander Operasi (KO) memaklumkan kemalangan melibatkan sebuah van yang jatuh ke cerum di tepi jalan dan terbalik.

“Kesemua pelajar termasuk pemandu yang dikenali sebagai Alim Ahhow, 52 berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, kesemua mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Bau dan Klinik Kesihatan Krokong dengan bantuan orang awam.

Operasi ditamatkan pada 8.18 pagi setelah pihak bomba membuat pemantauan dan memastikan keadaan di lokasi selamat.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Maut kena renjatan elektrik ketika cas telefon bimbit dalam bas ekspres
Next: Lelaki maut kereta terbabas, hilang kawalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.