Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pergerakan Wanita PBB kutuk tindakan Anwar
  • TEMPATAN

Pergerakan Wanita PBB kutuk tindakan Anwar

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengutuk sepenuhnya tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan bahawa beliau mempunyai majoriti sokongan ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Ketua Pergerakan Wanita PBB, Dato Sri Fatimah Abdullah menyatakan bahawa langkah tersebut telah menimbulkan kerisauan rakyat dan perniagaan yang masih berusaha untuk pulih dari kesan negatif wabak Covid-19 yang hampir melumpuhkan seluruh dunia.

“Kami ingin melihat kestabilan politik, perpaduan nasional dan ekonomi negara pulih kerana pasaran kewangan yang sihat.

“Ini harus menjadi tumpuan dan keutamaan parti politik dan ahli politik sekarang,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau turut menasihatkan ahli politik seperti Anwar untuk membendung selera ganas tamak kuasa mereka dan
membiarkan rakyat berehat dari politik mereka yang merosakkan dan memecahbelahkan negara.

“Sekurang-kurangnya mereka boleh bangkit selepas masalah Covid-19 yang belum reda ini.

“Sebagai pemimpin, Anwar harus mempunyai kepentingan terbaik untuk negara dan tidak boleh terlalu obses hendak menjadi Perdana Menteri.

“Kerana tindakan demikian menyebabkan kerosakan dan kesukaran untuk rakyat mencari rezeki ekoran masalah politik yang tanpa penghujung,” katanya lagi.

Terdahulu, pada Rabu, Anwar mendakwa telah mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Bercakap pada sidang media, Anwar berkata beliau juga telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa, tetapi ditangguhkan berikutan Seri Paduka mendapat rawatan di Institut Jantung Negara.

“Alhamdulillah kini saya telah dapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli-ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna pada saat ini kerajaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.

“Jumlahnya (sokongan) kukuh dan menyakinkan, jauh daripada majoriti kecil,” katanya tanpa mendedahkan bilangan Ahli Parlimen yang menyokong beliau,” kata Anwar.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Kaum, agama di Sarawak terbela
Next: Waspada tiang, kabel elektrik tumbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.