Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pergerakan Pemuda PBB Lingga ziarah ahli selesai jalani pembedahan
  • Tengah
  • WILAYAH

Pergerakan Pemuda PBB Lingga ziarah ahli selesai jalani pembedahan

Utusan Sarawak 3 months ago
ABDUL Rahim (kanan) menyampaikan sumbangan perubatan kepada Saifudin di kediamannya di Kampung Tengah Lingga, semalam.
 

LINGGA: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga turun padang bagi menziarahi seorang ahlinya di Kampung Tengah Lingga di sini, semalam.

Ketua Pergerakan Pemuda PBB Lingga, Abdul Rahim Jamil berkata, ahli PBB berkenaan iaitu Saifudin Mahmud yang telah menjalani pembedahan baru-baru ini.

“Saifudin adalah merupakan seorang Pemuda Ranting PBB yang aktif di kawasan Lingga dan beliau telah menjalani pembedahan baru-baru ini.

“Kita di Pergerakan Pemuda PBB Cawangan N.28 Lingga telah turun padang untuk menziarahi Saifudin di kediamannya dekat sini dan menyampaikan sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor bagi membantu meringan beban untuk membiayai kos perubatannya,” katanya.

Abdul Rahim berkata, walaupun sumbangan yang dihulurkan tidak mampu menanggung keseluruhan kos perubatan yang dialami Saifudin, namun sekurang-kurangnya mampu meringankan sedikit beban keluarga mereka.

Justeru, Abdul Rahim berharap agar keluarga mereka dapat memanfaatkan sumbangan tersebut sebaik mungkin untuk menampung perbelanjaan perubatan Saifudin.

“Ahli PBB akan sentiasa turun padang mendengar masalah dan membantu mereka yang memerlukan sama ada di kampung mahupun rumah panjang.

“Ini juga platform buat kita (ahli PBB) untuk mendekati masyarakat serta melihat masalah mereka dan cuba membantu dengan apa yang termampu,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dua sekolah terjejas banjir dapat sumbangan RM20,000
Next: BPHB sumbang 200 bakul makanan untuk mangsa banjir di Tatau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.