Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perbincangan naik taraf Niah ke daerah penuh bermula 6 Mei
  • Utara
  • WILAYAH

Perbincangan naik taraf Niah ke daerah penuh bermula 6 Mei

Utusan Sarawak 1 day ago
MANGKUNG TIANG… Upacara perasmian Mangkung Tiang, memukul tiang sebanyak tujuh kali telah disempurnakan oleh Datuk Rosey Yunus di ruai bilik Tr Christopher Banyong.

NIAH: Perbincangan awal mengenai cadangan pengiktirafan daerah kecil Niah kepada status daerah penuh telah diadakan pada 6 Mei lalu.

Bagi merealisasikan hasrat ini, sokongan padu daripada semua pihak amat diperlukan. Selain itu, doa dan harapan bersama turut diharapkan agar permohonan ini dapat direalisasikan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus, berkata bahawa sekiranya Niah diiktiraf sebagai daerah penuh, pelbagai kemudahan akan dapat ditambah baik dan disediakan dengan lebih menyeluruh kepada penduduk setempat.

TERIMA KASIH… Tr Christopher Banyong menyampaikan cenderahati kepada Datuk Rosey Yunus.

“Ini adalah harapan kita, mudah-mudahan langkah perbincangan seterusnya akan berjalan lancar kerana mesyuarat pertama telah dijalankan pada 6 Mei lepas.

“Perkara ini sudah lama kita pohon dan kejayaan itu sangat penting kerana banyak pembangunan lain yang dapat kita laksanakan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata demikian pada majlis Gawai Mangkung Tiang (pindah rumah baharu) di Rumah Christopher Banyong, Saeh di sini petang semalam.

Tambahnya, kepada semua penduduk rumah panjang di sini yang diketuai Tuai Rumah (Tr) Christopher Banyong diucapkan tahniah kerana sudah berjaya memiliki rumah baharu yang cantik.

“Kita di rumah panjang ini agar terus bersatu hati dan bekerjasama, jangan berpecah kerana yang akan rugi nanti bukan orang lain, kita sendiri rugi.

“Kita harus bersama-sama kerana pembangunan dapat disalurkan kepada kita dan sebagai rumah panjang baru saya salurkan RM5,000 melalui peruntukan projek kecil luar bandar (MRP),” katanya lagi.

Sementara itu, beliau bersama Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni masing-masing turut menyumbangkan RM10,000 kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Rumah Christopher Banyong untuk membina bilik stor.

Turut hadir Dato Lukanisman Awang Sauni, Penghulu Epat Bakar, Pegawai agensi kerajaan dan ketua masyarakat dan kaum (KMKK) setempat.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Bintangor periksa alat keselamatan kebakaran di lima premis
Next: Program Jiwa@Komuniti MADANI perkukuh perpaduan di Telang Usan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.