Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Perbicaraan penyanyi rap Diddy akan bermula seperti dijadualkan
  • HIBURAN

Perbicaraan penyanyi rap Diddy akan bermula seperti dijadualkan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
JANICE Combs, ibu kepada Sean ‘Diddy’ Combs, tiba di Daerah Selatan Mahkamah Persekutuan New York untuk perbicaraan mahkamah pada 18 April 2025 di New York City. Foto AFP

MOSCOW: Perbicaraan kes persekutuan terhadap penyanyi rap Amerika Syarikat, Sean “Diddy” Combs akan diteruskan seperti yang dijadualkan bulan depan, walaupun pihak pembelaan memohon penangguhan, lapor NBC News yang memetik keputusan hakim, menurut Sputnik/RIA Novosti.

Hakim Arun Subramanian dalam prosiding di Mahkamah Persekutuan Manhattan pada Jumaat berkata perbicaraan akan bermula pada 5 Mei seperti dirancang, dan dijangka berlangsung antara lapan hingga 10 minggu.

Peguam bela Combs telah memohon penangguhan selama dua bulan, namun hakim berpendapat pihak pembelaan telah diberi masa mencukupi untuk membuat persiapan dan menolak permohonan itu, menurut laporan NBC News.

Hakim turut menegaskan beliau tidak akan membenarkan sebarang “eksplorasi rambang” bagi mendapatkan bukti tambahan.

Combs telah beberapa kali disaman atas dakwaan serangan seksual. Kesalahan itu dipercayai berlaku antara tahun 2000 hingga 2022 di New York, Los Angeles dan Las Vegas. Combs mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Jagat kembali ke pawagam, rai ulang tahun ke-10
Next: 18 peserta lelaki berentap di pentas Big Stage Alpha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.