Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peranan KRT, SRS perlu dipelbagaikan
  • TEMPATAN

Peranan KRT, SRS perlu dipelbagaikan

Utusan Sarawak 5 years ago
PENYAMPAIAN… Chee Kadir menyampaikan peralatan rondaan kepada seramai 30 Pengerusi KRT SRS di Daerah Kabong.

KABONG: Peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) dalam kawasan kampung perlu dipelbagaikan lagi selaras dengan perananannya yang semakin meluas selain sebagai salah satu ejen penyatuan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, kewujudan KRT dan SRS dalam sesuatu komuniti juga perlu dihormati kerana mereka turut berperanan membantu pihak berkuasa dalam mengekang isu jenayah dan kesejahteraan rakyat.

“Disebabkan itu, KRT perlu menduduki barisan hadapan dalam lingkungan kawasan yang diselia terutamanya di Daerah Kabong ini, supaya penduduk lebih yakin dengan kehadiran mereka dan bukan sebaliknya.

“Peranan yang dimainkan juga perlu dipelbagaikan lagi dan bukan sekadar bertindak menjaga keamanan kawasan yang diselia, tetapi lebih daripada itu iaitu menyatupadukan rakyat berbilang kaum dengan menganjurkan aktiviti secara bersama,” katanya ketika berucap pada Majlis Randau bersama Pengerusi-Pengerusi KRT Daerah Kabong dekat sini semalam.

Turut hadir, Pegawai Perpaduan Bahagian Betong, Thompson Ted Teddy Dipin, Penghulu Sani Mohamad dan 30 Pengerusi KRT Daerah Kabong.

Menurutnya, KRT dan SRS juga perlu diperkasa dan dinilai semula selaras dengan peranannya yang semakin mencabar walaupun tiada sebarang insentif atau elaun yang diberikan kepada mereka.

“Mereka menyertai KRT dan SRS kerana rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap keamanan dan keselamatan komuniti mereka dan saya percaya kerajaan sentiasa membantu dan menjayakan apa juga program yang hendak dibuat oleh KRT,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Chee Kadir berharap lebih ramai generasi muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong menyertai KRT di kampung masing-masing, agar lebih banyak aktiviti dapat dilaksanakan dengan tersusun dan sesuai dengan peredaran semasa.

Menurutnya, Jabatan Perpaduan Bahagian Betong juga perlu menggiatkan lagi usaha untuk memperkenalkan fungsi KRT dan SRS ke seluruh daerah ini serta mampu menyedarkan masyarakat tentang pentingnya tanggungjawab menjaga keselamatan.

Sementara itu, Chee Kadir mahu pihak KRT dan SRS yang menjalankan operasi rondaan itu haruslah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Perpaduan Negara sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Penguang bantu baiki rumah penduduk
Next: Lapan rakyat Sarawak selamat pulang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.