Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peranan komuniti kukuhkan perpaduan
  • TEMPATAN

Peranan komuniti kukuhkan perpaduan

Utusan Sarawak 5 years ago
CENDERAMATA… Datuk Ding Koung Hiing menerima cenderamata sambil disaksikan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sarikei, Kaunselor Misiah Abu Seman.

SARIKEI: Program Pembangunan Dan Pendidikan Komuniti adalah bertujuan memupuk kerjasama serta mengukuhkan semangat perpaduan di kalangan masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing berkata, program ini mampu menjadi platform perpaduan dalam menangani masalah yang wujud dalam komuniti.

“Ia seterusnya menyumbang peningkatan kesejahteraan hidup bermasyarakat.

“Peranan komuniti terus diperkasakan melalui pelbagai pendekatan sejajar dengan peranan mereka sebagai pengerak program pembangunan kerajaan di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutupan Program Pembangunan dan Pendidikan Komuniti di Rumah Tury Rentap, Sungai Baron, kelmarin.

Beliau turut kagum dengan penglibatan penduduk rumah panjang yang bekerjasama membantu penganjur menncapai objektif program tersebut.

“Semangat kerjasama ini sekaligus membuktikan kesepakatan di kalangan mereka masih subur dan kekal terpelihara.

“Peranan masyarakat tempatan amat penting dalam memastikan perancangan dan hasrat kerajaan dapat dilaksanakan dengan jayanya,” ujarnya.

Dalam pada itu, program ini melibatkan penyertaan sebanyak lapan agensi iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarikei, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarikei, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), AADK, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program dijalankan, antaranya ialah pertandingan mewarna dan sukaneka.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sarikei, Kaunselor Misiah Abu Seman.

Continue Reading

Previous: 50 peserta sertai program Rukun Negara
Next: 17 penghuni tinggal sehelai sepinggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.