Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peranan KMKK penting pastikan pembangunan, dasar kerajaan sampai ke akar umbi
  • Tengah
  • WILAYAH

Peranan KMKK penting pastikan pembangunan, dasar kerajaan sampai ke akar umbi

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SIMBOLIK…Friday Belik semasa melakukan simbolik penyerahan baju kepada Persatuan KMKK Daerah Kecil Roban, semalam. -Foto ADUN Krian

ROBAN: Ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) yang lebih mengetahui keadaan di kampung dan rumah panjang perlu memahami peranan mereka bagi memastikan kesejahteraan rakyat serta dasar-dasar kerajaan sampai ke peringkat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata kerajaan Sarawak melihat KMKK sebagai institusi amat penting yang paling tahu apa yang berlaku di kampung dan rumah panjang.

Justeru katanya, mereka berperanan penting menyalurkan maklumat berkenaan dasar-dasar kerajaan mengikut kaedah yang terkini untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat terjaga antaranya program bantuan untuk rakyat.

“Persatuan KMKK yang ditubuhkan adalah merupakan salah satu platform terbaik kepada KMKK untuk berkhidmat kepada komuniti selain memudahkan agenda-agenda kerajaan disebar luaskan dengan lebih berkesan kepada peringkat akar umbi.

“Dengan wujudnya persatuan ini, ia merupakan platform terbaik untuk KMKK berkhidmat kepada rakyat. Sekarang kita sudah ada platform dan landasan yang tepat untuk berkhidmat bila adanya permasalahan kita selesaikan melalui persatuan sebelum ke peringkat yang seterusnya,” katanya semasa melakukan simbolik penyerahan baju kepada Persatuan KMKK Daerah Kecil Roban, semalam.

Friday berkata beliau berharap KMKK Daerah Kecil Roban boleh menggunakan persatuan ini sebaik mungkin kerana dengan wujudnya persatuan ini, tuai-tuai rumah mendapat satu platform untuk mengembangkan potensi mereka sebagai ketua masyarakat.

“Segala dasar-dasar pembangunan kerajaan dapat disampaikan melalui persatuan dan secara tidak langsung tuai-tuai rumah boleh memaklumkan kepada penduduk di bawah jagaan masing-masing,” jelasnya.

Turut hadir Ahli Dewan Negara, Senator Pele Peter Tinggom, Pegawai Daerah Kabong, Tahir Sharee serta KMKK Daerah Kecil Roban.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Festival Kuching 2025 bermula 25 Julai – 17 Ogos depan, tawar acara lebih besar dan inklusif
Next: Dua Projek RTP bernilai RM450,000 diluluskan untuk SK Kampung Alit di Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.