Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Peranan guru semakin genting bentuk generasi berakhlak, berjiwa besar – PM Anwar
  • PENDIDIKAN

Peranan guru semakin genting bentuk generasi berakhlak, berjiwa besar – PM Anwar

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir pada Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-55 Tahun 2026 hari ini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Peranan guru kini semakin genting dalam mendepani dunia yang kian kompleks, khususnya bagi membentuk generasi berakhlak, berjiwa besar dan berteraskan nilai kemanusiaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata tugas guru tidak lagi sekadar menyampaikan ilmu, sebaliknya membina keyakinan, mengangkat maruah insan dan menanam harapan serta cita-cita dalam kehidupan.

“Hari ini kita mengiktiraf jasa, pengorbanan dan dedikasi para guru yang menjadi tunjang pembinaan anak bangsa serta mencorakkan akhlak, nilai dan ketamadunan negara kita.

“Tatkala cabaran dunia menjadi semakin kompleks, peranan guru semakin genting dalam membentuk generasi yang memiliki kekuatan akhlak dan jiwa untuk mewarnai ilmu dengan nilai kemanusiaan serta kebijaksanaan, selaras dengan citra MADANI,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook bersempena dengan sambutan Hari Guru, hari ini.

Anwar berkata tanpa nilai dan adab, pembangunan hanya akan melahirkan kemajuan yang kehilangan arah.

Perdana Menteri turut mengimbau pengalamannya sebagai tenaga pengajar ketika menubuhkan Yayasan Anda Akademik pada awal 1970-an, yang menurut beliau membuka mata terhadap realiti kehidupan anak muda daripada keluarga susah dan tercicir pendidikan yang datang dengan kegelisahan tentang masa depan mereka. 

“Pengalaman itu mengajar saya bahawa tugas seorang guru jauh lebih besar daripada sekadar menyampaikan ilmu, sebaliknya membina keyakinan diri, mengangkat maruah insan serta menanam harapan dan cita-cita dalam kehidupan pelajar,” kata beliau.

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga pendidik atas jasa, pengorbanan dan dedikasi mereka sebagai tunjang pembinaan anak bangsa dan negara.

“Moga seluruh warga pendidik terus dikurniakan kekuatan, kecekalan dan iltizam dalam mendidik anak bangsa demi Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan mampan,” kata beliau.

Sambutan Hari Guru tahun ini yang bertemakan ‘Guru Bitara, Nadi Negara’ diadakan di Ipoh, Perak dan dirasmikan oleh Anwar.- Bernama

Continue Reading

Previous: Sambutan hari guru: KPM umum 12 inisiatif khusus untuk perkasa guru
Next: Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir penghargaan kepada warga pendidik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.