Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peraduan pilih kulit buku dapat sambutan menggalakkan
  • TEMPATAN

Peraduan pilih kulit buku dapat sambutan menggalakkan

Utusan Sarawak 4 years ago
KULIT BUKU ‘THE POLITICAL HEART: A Decade’s Journey from Physician to Politician’ yang menjadi pilihan ramai.

PERADUAN memilih kulit buku ‘The Political Heart: A Decade’s Journey from Physician to Politician’ telah mendapat sambutan yang menggalakkan, kata Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dr. Annuar Rapa’ee.

Katanya, seramai 981 individu telah mengambil bahagian dalam peraduan ini sejak mula dibuka pada 10 Ogos lalu.

Menurutnya, buku yang mengisahkan perjalanan politik beliau selama 10 tahun itu dijadual akan diterbit pada bulan hadapan.

“Daripada keseluruhan peserta, 722 atau 73.6 peratus peserta memilih kulit buku B.

“Mereka yang memilih kulit buku B berpeluang memenangi basikal lipat,” katanya, semasa siaran langsung di Facebook rasminya, petang Sabtu.

Beliau berkata, terdapat tiga pilihan kulit buku yang dibuka untuk diundi oleh orang ramai.

Jelasnya, jika pilihan B memenangi undian tertinggi, maka mereka yang mengundi untuk pilihan B ini sahaja akan berpeluang memenangi dua unit basikal lipat menerusi cabutan bertuah.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu berkata, apabila buku berkenaan mula diterbit kelak, hasil jualan akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan di sekitar Sibu.

Menyentuh sedikit mengenai buku tersebut, Dr. Annuar berkata, buku terbabit mengandungi kisah perjalanan politik beliau sejak 2011 yang dirangkum menjadi tujuh bab dan 37 topik.

Katanya, buku tersebut sesuai untuk dijadikan satu bahan bacaan ilmiah kepada anak-anak muda yang berminat untuk menjadi ahli politik pada masa depan.

Oleh NURZILLA MOHAMAD

Continue Reading

Previous: GPS utamakan kesejahteraan rakyat
Next: GELANDANGAN TIDAK DIABAIKAN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.