Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Peperiksaan ke Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak terbuka kepada pelajar Sarawak
  • SEMASA

Peperiksaan ke Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak terbuka kepada pelajar Sarawak

Utusan Sarawak 7 months ago
RASMI… Dr Annuar merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Rendah (MSSR) Zon Bandar Sibu Kali Ke-49 di Stadium Tun Zaidi, petang tadi.

SIBU: Peperiksaan atau penilaian untuk memasuki Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSIS) terbuka kepada semua pelajar di seluruh Sarawak.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa’ee, menjelaskan bahawa pelajar yang berminat perlu mendaftar melalui guru besar masing-masing.

“Saya menggalakkan guru besar memastikan pelajar mereka menyertai peperiksaan ini kerana permohonan mestilah melalui guru besar.

“Peperiksaan ini akan menjadi proses saringan untuk menentukan kelayakan pelajar,” katanya kepada media selepas majlis perasmian Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Rendah (MSSR) Zon Bandar Sibu Kali Ke-49 di Stadium Tun Zaidi, petang tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu turut memaklumkan bahawa cawangan YSIS di Sibu dijadualkan dibuka pada 2026.

Beliau menyatakan bahawa pelajar Tahun 5 tahun ini, yang akan melanjutkan ke Tahun 6 pada tahun hadapan, bakal berpeluang mendapatkan pendidikan di sekolah antarabangsa tersebut di Sibu.

“Buat masa ini, peperiksaan ini masih tertumpu untuk kemasukan ke dua buah sekolah di Kuching, tetapi ia terbuka kepada pelajar dari seluruh Sarawak, bukan sahaja sekitar Kuching,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh mengenai kepentingan MSSR sebagai program yang penting untuk kanak-kanak dari segi kesihatan dan pendedahan sosial.

“Melalui program sebegini, mereka dapat berinteraksi dengan masyarakat sekeliling, membina keyakinan diri, dan membiasakan diri bergaul dengan pelbagai kaum,” tambahnya.

Hadir sama pada majlis itu ialah guru besar Sekolah Kebangsaan Abang Ali, Hamdi Nadji, selaku tuan rumah kejohanan kali ini.

Oleh Tarani Lanting

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Batik Air lancar 10 penerbangan KL-Bintulu, 14 penerbangan KL-Miri setiap minggu mulai 1 Nov
Next: Tubuhkan kilang khusus pengeluaran wayar berteras kalsium silikon – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.