Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penyertaan Regata Sarawak dibuka 9 September ini
  • TEMPATAN

Penyertaan Regata Sarawak dibuka 9 September ini

Utusan Sarawak 9 months ago
SUNGAI Sarawak bakal berkocak kembali pada 1 hingga 3 November depan.

KUCHING: Kehangatan penganjuran Regata Sarawak 2024 kian terasa apabila borang penyertaan akan mula dijual pada 9 September ini.

Menurut jurucakap Urusetia Jawatankuasa Teknikal Regata Sarawak 2024 menerusi satu kenyataan, para pencinta sukan air justeru boleh mendapatkan borang penyertaan dari Lembaga Sungai-Sungai Sarawak beralamat di Tingkat 3, Electra House, Power Street, di sini.

Menerusi kenyataan itu, jurucakap turut memaklumkan tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 Oktober depan, pada, atau sebelum 12.00 tengah hari.

Berikutan itu juga, katanya, satu taklimat kepada pengurus pasukan dan cabutan undi lorong akan diadakan pada 22 Oktober, 9.00 pagi di Muzium Budaya Borneo.

“Sebanyak  16 acara perlumbaan dengan dua kategori perlumbaan tempatan (untuk pekayuh warganegara) dan terbuka (pekayuh bukan warganegara),” katanya.

Jelasnya, semua acara di bawah kategori tempatan dan acara melibatkan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), wajib menyertakan senarai nama pekayuh yang lengkap termasuk nombor kad pengenalan atau ID pelajar atau staf bagi setiap acara yang disertai.

“Senarai nama pekayuh hendaklah disahkan oleh Pengurus Pasukan dan dikemukakan kepada Urusetia Regata Sarawak  2024 selewat-lewatnya pada 22 Oktober,” katanya.

Sebarang borang penyertaan yang tidak disertakan dengan dokumen sokongan seperti senarai nama pekayuh atau lain-lain dokumen sokongan yang dinyatakan di dalam Peraturan Regata Sarawak 2024, tegas jurucakap berkenaan, berhak ditolak oleh Urusetia Regata Sarawak 2024 walaupun Borang Penyertaan Rasmi dan yuran telah dikemukakan sebelum tarikh tutup penyertaan.

“Yuran Penyertaan bagi acara yang melibatkan perahu bidar adalah RM10 per pekayuh.

“Bagi acara melibatkan perahu kenyalang adalah RM15 per pekayuh.

“Setiap penyertaan acara mesti menggunakan Borang Penyertaan Rasmi dengan kos RM10.00 per borang,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung penyertaan tersebut, boleh menghubungi Ketua Urusetia Jawatankuasa Teknikal Regata Sarawak  2024, Julaihi Shahmad di talian 019-8575950.

Sungai Sarawak akan mula berkocak  pada 1 hingga 3 November depan.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Agensi penguatkuasaan syariah diangkat setanding agensi lain  
Next: 20 hotel untuk atlet 15 kontinjen Para SUKMA dilengkapi kemudahan perlu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.