Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penyertaan generasi muda lahirkan komuniti berempati
  • Tengah
  • WILAYAH

Penyertaan generasi muda lahirkan komuniti berempati

Utusan Sarawak 2 months ago
HADIR… Dato Mohd Chee Kadir menghadiri pengagihan bubur lambuk anjuran PSKB di Dataran Kabong, petang semalam. Foto ADUN Kabong

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir mahu penyertaan masyarakat khususnya generasi muda dalam aktiviti kesukarelawanan amat penting dalam melahirkan sebuah komuniti berempati.

Beliau berkata kesukarelawanan sering kali dikaitkan aktiviti amal dan kebajikan yang dijalankan terhadap golongan memerlukan.

“Bantuan dan khidmat sokongan diberikan amatlah luas, termasuklah dalam konteks pembangunan komuniti, pendidikan, kesihatan, sosioekonomi, pertanian, alam sekitar, bencana, kebajikan, perpaduan dan banyak lagi.

“Ia memerlukan penyertaan aktif belia dan masyarakat tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa.

“Menjadi sukarelawan tidak memerlukan sijil akademik yang tinggi. Cukuplah mempunyai ciri penting sukarelawan seperti suka, rela dan ikhlas,” katanya semasa menghadiri pengagihan bubur lambuk anjuran Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Betong (PSKB) di Dataran Kabong, petang semalam.

AGIH… Dato Mohd Chee Kadir mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk setempat.

Oleh itu, kata Chee Kadir bagi melahirkan golongan pelapis negara yang mempunyai matlamat jelas dan berpandangan jauh, amat wajar jika belia dapat terus membabitkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan.

“Saya berharap usaha ini dapat diteruskan supaya lebih ramai sukarelawan dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat setempat bagi mengimarahkan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan,” ujarnya.

Sebanyak 300 bungkus bubur lambuk telah diagihkan kepada penduduk setempat.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 376 penerima bantuan bulanan kebajikan
Next: Pastikan kelangsungan pembangunan politik, sosial

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.