Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penyertaan Bersatu dalam MN positif untuk politik negara
  • NASIONAL

Penyertaan Bersatu dalam MN positif untuk politik negara

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA TERENGGANU, 27 Ogos -- Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (dua, kanan) menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang juga Ketua Pengarangnya Datuk Mokhtar Hussain (kiri) dan Pengurus Besar Husa Network Sdn Bhd Ozarizan Mohd Nor (kanan) di Wisma Darul Iman hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad (dua, kiri). MoU tersebut bagi menjalin kerjasama antara Bernama Radio dan Manis FM dibawah kelolaan Husa Network Sdn Bhd bagi penerbitan program bual bicara ‘Khabar Pantai Timur’ yang mengetengahkan isu semasa, perniagaan dan keusahawanan yang akan bersiaran selama 30 minit di Bernama Radio dan Manis FM setiap Khamis pukul 7.30 pagi, bermula 3 September ini selama 13 minggu. Kerjasama tersebut merupakan cetusan idea Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah agar Manis FM menjalin kerjasama dengan Bernama Radio bagi memantapkan kandungan rancangan berkaitan perniagaan dan keusahawanan terbitannya. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

MENTERI Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (dua, kanan) menyaksikan pertukaran MoU antara Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama yang juga Ketua Pengarangnya Datuk Mokhtar Hussain (kiri) dan Pengurus Besar Husa Network Sdn Bhd Ozarizan Mohd Nor (kanan) di Wisma Darul Iman semalam. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad (dua, kiri). • Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Persetujuan UMNO dan PAS untuk menerima Bersatu sebagai ahli dalam Muafakat Nasional (MN) adalah langkah yang sangat positif dalam memperkukuh muafakat politik di Malaysia, kata Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata, muafakat politik yang lebih kukuh akan membawa negara ke arah yang lebih baik berbanding dengan keadaan sebelum ini.

“Jadi saya rasa ia (muafakat politik) ini sangat dialu-alukan oleh semua pihak termasuk dalam kalangan rakyat juga. ..saya ada baca satu kaji selidik yang dijalankan pihak tertentu mengenai perkara ini dan hasilnya mendapati terdapat peratusan yang tinggi dalam mengharapkan muafakat politik yang terbentuk antara tiga parti ini dapat direalisasikan,” katanya.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Husa Network Sdn Bhd bagi menjalin kerjasama antara Bernama Radio dan Manis FM di sini semalam.

Ditanya sama ada perkembangan terbaru itu akan menimbulkan pertelagahan dalam kalangan akar umbi, beliau berkata pimpinan tiga parti politik itu perlu memainkan peranan dalam memberi penjelasan kepada penyokong masing-masing.

Ahmad Samsuri berkata, adalah lazim bagi perkara baharu seperti itu akan memerlukan orientasi kefahaman.

“Muafakat politik ini …ia adalah perkara baharu dalam masyarakat kita ini, jadi perlu ada satu ‘adjustment’ atau ubah suai kefahaman dan cara bertindak dalam masyarakat kita”..yang penting peranan di peringkat kepimpinan tertinggi setiap parti untuk memberi penerangan kepada semua penyokong agar mereka lebih memahami keputusan ini demi muafakat politik yang lebih baik untuk negara,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Umat Islam digalak miliki takwim hijrah
Next: Bekas penolong pegawai JPNIN didakwa kemuka invois palsu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.