Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Penyanyi 60-an, Aspalela Abdullah meninggal dunia
  • HIBURAN

Penyanyi 60-an, Aspalela Abdullah meninggal dunia

Utusan Sarawak 5 months ago
PENYANYI popular era 60-an, Aspalela Abdullah.

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular era 60-an, Aspalela Abdullah meninggal dunia pada usia 79 tahun sekitar 10.00 pagi tadi, semasa dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan, selepas terjatuh di bilik air di rumahnya Taman Melati, di sini.

Berita pemergian Aspalela disahkan cucunya, Puteri Wan Nur Izzati Azhari, 38, ketika dihubungi Bernama.

“Pada tadi, semasa mak (panggilannya terhadap Aspalela) masuk ke dalam bilik air, dia tiba-tiba terjatuh. Keadaan mak lemah ketika itu dan kami segera menelefon pihak ambulans untuk bawa dia ke hospital.

“Bagaimanapun doktor telah sahkan dia menghembuskan nafas terakhir sekitar 10.00 pagi tadi,” katanya.

Puteri Wan Nur Izzati turut memaklumkan kesihatan Allahyarhamah sedikit merosot sejak beberapa bulan ini dan Allahyarham banyak meluangkan masa di rumah berikutan menghidapi pelbagai penyakit seperti gout dan darah tinggi.

Beliau berkata jenazah Allahyarhamah masih berada di hospital dan dijangka dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur-Karak hari ini.

Aspalela merupakan juara Bintang Radio 68 dan sepanjang pembabitannya dalam bidang seni, Allahyarhamah telah menghasilkan lima album, antaranya album Joget Cari Makan yang diterbitkan Omar Taib edaran WEA (kini Warner Music) pada 1991.

Antara lagu-lagu Allahyarham yang terkenal ialah Payung Mahkota dan Titian Kasih Ke Syurga.

– Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Pelakon Johan Abdullah meninggal dunia
Next: Keterujaan tonton persembahan Datuk Amy Search

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.