Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penutupan separuh laluan KM894.2 Lebuh Raya Pan Borneo untuk kerja pembinaan jejantas pada Jumaat ini
  • Utara
  • WILAYAH

Penutupan separuh laluan KM894.2 Lebuh Raya Pan Borneo untuk kerja pembinaan jejantas pada Jumaat ini

Utusan Sarawak 7 hours ago
WASPADA…Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berhati-hati susulan penutupan separuh jalan susur kiri di KM894.2 berhampiran MDS Mall, Bekenu, melibatkan laluan trafik dari arah Miri menuju ke Bekenu pada Jumaat ini.

BEKENU: Pengguna jalan raya yang melalui Lebuh Raya Pan Borneo dari arah Miri ke Bekenu dinasihatkan agar lebih berhati-hati susulan penutupan separuh jalan susur kiri di KM894.2 pada Jumaat ini (8 Mei).

Notis pemberitahuan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, penutupan tersebut dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja pemunggahan besi truss bagi jejantas pejalan kaki di lokasi berkenaan.

Kawasan terlibat adalah berhampiran MDS Mall, Bekenu, melibatkan laluan trafik dari arah Miri menuju ke Bekenu.

Sepanjang tempoh kerja dijalankan, hanya sebahagian laluan akan ditutup dan aliran trafik akan dikawal.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya diminta mematuhi semua papan tanda keselamatan yang disediakan serta memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan pembinaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

JKR Sarawak turut menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal pada tarikh tersebut.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Program Pra-Gawai dekati komuniti Sungai Selidap dan Tanah Putih
Next: Bantuan khas Gawai manfaat 1,681 penerima di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.