Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penunggang motosikal maut, pemandu Lexus positif dadah
  • KEMALANGAN

Penunggang motosikal maut, pemandu Lexus positif dadah

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENUNGGANG MAUT.….Manakala rakannya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan SUV di Jalan Salim di sini, lewat malam tadi.

SIBU: Seorang penunggang motosikal maut manakala rakannya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Salim, lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Azari Miskon berkata, dalam kejadian sekitar 11.15 malam itu, mangsa berusia 19 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sibu pada 12.24 pagi.

Menurutnya, kemalangan tersebut melibatkan sebuah motokar jenis Lexus RX350 yang dipandu lelaki tempatan berusia 25 tahun dan sebuah motosikal Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa bersama seorang pembonceng lelaki berusia 19 tahun.

PENUNGGANG MAUT.….Manakala rakannya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan SUV di Jalan Salim di sini, lewat malam tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati Lexus berkenaan sedang bergerak dari arah pusat bandar Sibu menuju ke Salim sebelum dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sibu.

“Pembonceng motosikal turut mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Sibu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

PENUNGGANG MAUT.….Manakala rakannya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan SUV di Jalan Salim di sini, lewat malam tadi.

Azari berkata, pemandu Lexus terbabit telah menjalani saringan awal air kencing dan didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Susulan itu, katanya, suspek telah ditahan dan permohonan reman akan dibuat pada 8 Jun bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tegasnya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Kereta jatuh gaung, lelaki cedera di Jalan Sebeliau
Next: Dua mangsa selamat dalam kemalangan kendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.