Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penunggang motosikal maut ditemukan dalam parit di Jalan Oya
  • KEMALANGAN

Penunggang motosikal maut ditemukan dalam parit di Jalan Oya

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANGGOTA bomba menutup badan mangsa menggunakan kain putih selepas mangsa ditemukan di dalam parit berhampiran Jalan Oya, Sibu, pagi tadi. Foto Bomba

SIBU: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai terbabas ke dalam parit di Jalan Oya berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Elizabeth di sini, pagi tadi.

Ketua Zon Bomba Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.55 pagi sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, pasukan bomba tiba di lokasi pada 8.00 pagi dan mendapati seorang mangsa lelaki bersama sebuah motosikal jenis Modenas CT100 berada di dalam parit yang dipenuhi air.

“Pihak bomba telah diberi kebenaran oleh polis untuk mengangkat mangsa ke tempat yang selamat sebelum pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada 8.28 pagi.

Oleh Tarani Lanting

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Empat cedera dalam kemalangan di Jalan Mukah-Balingian
Next: Lelaki cedera tersepit dalam kemalangan dua lori di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.