Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penunggang motosikal maut bertembung bas
  • KEMALANGAN

Penunggang motosikal maut bertembung bas

Utusan Sarawak 7 months ago
KEADAAN di tempat kejadian selepas kemalangan maut melibatkan sebuah motosikal dan bas.

BINTULU: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas di Jalan Simpang Empat, lawasan Perindustrian Samalaju di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, insiden malang itu dilaporkan berlaku sekitar 6.40 pagi.

“Bas tersebut membawa 20 pekerja dalam perjalanan dari Jalan Saberkas ke sebuah kilang di Samalaju. 

“Ketika tiba di persimpangan berhampiran sebuah pasar raya, bas berkenaan bertembung dengan sebuah motosikal yang datang dari arah kuarters Eco Park Samalaju,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memberitahu, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Bintulu. 

Sementara itu, tambahnya, pemandu bas dan semua penumpang tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, Nixon menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

“Sekiranya ada pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini, sila hubungi Balai Trafik Bintulu atau penyiasat kes, Inspektor Lydia Allan, di talian 086-338575,” ujarnya.

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Kenderaan milik Jabatan Imigresen terbakar
Next: Rumah kosong terbakar sepenuhnya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.