Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penumpang cemas buka pintu kecemasan, jalan atas sayap pesawat
  • GLOBAL

Penumpang cemas buka pintu kecemasan, jalan atas sayap pesawat

Utusan Sarawak 5 months ago

Ketika kejadian, penerbangan Alaska Airlines 323 baru mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma.

SEATTLE: Amerika Syarikat: Seorang penumpang Alaska Airlines meninggalkan pesawat dengan cara luar biasa iaitu melalui sayap pesawat selepas dikatakan ‘cemas’ ketika penumpang keluar dari pesawat. 

Independent melaporkan insiden itu berlaku kira-kira 5 petang 22 Disember lalu.

Ketika kejadian, penerbangan Alaska Airlines 323 baru mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma di sini. 

Ketika penumpang keluar dari pesawat ke terminal lapangan terbang, seorang penumpang wanita menjadi ‘cemas’ dan membuka pintu kecemasan di atas sayap pesawat, menurut jurucakap lapangan terbang kepada Fox News.

Wanita itu kemudian berjalan di atas sayap pesawat menyebabkan perkhidmatan bomba dipanggil untuk membantunya turun dari pesawat.

Polis Pelabuhan juga diberitahu dan membawa penumpang berkenaan ke hospital untuk pemeriksaan.

Jurucakap itu menambah bahawa tiada kecederaan dilaporkan dan operasi lain di lapangan terbang tidak terjejas akibat kejadian terbabit. 

Alaska Airlines turut mengesahkan insiden itu dengan menyatakan bahawa ‘masalah diselesaikan dengan selamat.

Insiden itu berlaku beberapa bulan selepas seorang penumpang ditahan di sebuah lapangan terbang di Australia kerana keluar dari pesawat yang tidak bergerak, dan kemudian melalui pintu kecemasan sebelum berjalan di sepanjang sayap.

Dia kemudian turun melalui enjin jet ke kawasan landasan.

Continue Reading

Previous: 28 terselamat, nahas pesawat di Kazakhstan
Next: Terima kad krismas daripada sahabat pena selama 76 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.