Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penubuhan pusat persembahan seni usaha kerajaan negeri perluas seni persembahan
  • Utara
  • WILAYAH

Penubuhan pusat persembahan seni usaha kerajaan negeri perluas seni persembahan

Utusan Sarawak 7 months ago
GIMIK PERASMIAN… Dr Abdul Rahman  memeriahkan Pertandingan Nyanyian Mandarin Peringkat Negeri  Sarawak, kategori lelaki, wanita, veteran lelaki dan wanita sempena ulang tahun ke-46 Limbang Monsen Music Club turut melakukan gimik menaikkan bendera persatuan.

LIMBANG: Golongan pengiat seni dan persembahan di Sarawak bakal memiliki ruang untuk mengembangkan bakat dalam bidang berkenaan.

Pengubahsuaian bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama menjadi Pusat Persembahan Seni merupakan satu usaha Sarawak untuk mengembangkan seni persembahan buat pencinta seni di wilayah ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata Pusat Persembahan Seni akan menyediakan kemudahan untuk kegunaan ahli seni dan generasi muda untuk mengasah minat dan bakat dalam bidang kesenian khasnya industri kreatif dan seni persembahan.

“Di bawah  kepimpinan Premier Sarawak, beliau juga meminati seni malah ada kementerian khusus menjaga seni dan bangunan Dewan Undangan Negeri lama sedang dinaiktaraf sebagai Pusat Persembahan Seni untuk mengadakan pelbagai seni persembahan nyanyian, lakonan dan teater,” katanya.

RAKAM KENANGAN… Dr Abdul Rahman bersama pemenang dalam Pertandingan Nyanyian Mandarin Peringkat Negeri  Sarawak, kategori lelaki, wanita, veteran lelaki dan wanita sempena ulang tahun ke -46 Limbang Monsen Music Club. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pertandingan Nyanyian Mandarin Peringkat Negeri  Sarawak, kategori lelaki, wanita, veteran lelaki dan wanita sempena ulang tahun ke -46 Limbang Monsen Music Club di Dewan Suarah pada Khamis lepas.

ADUN Bukit Kota itu optimis projek pengubahsuaian itu akan dapat dilaksanakan dengan baik dan akan memberi manfaat kepada anak seni Sarawak.

Pusat ini akan menjadi mercu tanda baharu bagi Sarawak khasnya dalam bidang kesenian dan secara tidak langsung dapat memacu kemajuan industri kesenian, kebudayaan dan industri kreatif di Sarawak.

Sementara itu di Bahagian Limbang, kemudahan Dewan Suarah turut digunakan untuk pencinta seni di utara Sarawak melaksanakan program kesenian dan kebudayaan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hospital Lawas dijangka siap dibina Jun tahun depan
Next: Produk tempatan makanan, kraf tangan mampu tarik perhatian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.