Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Penjawat awam Selangor terima bonus dua bulan setengah gaji
  • NASIONAL

Penjawat awam Selangor terima bonus dua bulan setengah gaji

Utusan Sarawak 2 years ago
 MENTERI Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ketika Pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2024 di Bangunan Dewan Negeri Selangor, hari ini. FotoBERNAMA

SHAH ALAM: Lebih 20,000 penjawat awam negeri Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) dua bulan setengah gaji yang dibayar secara berperingkat.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, BKK itu bagi menghargai penglibatan penjawat awam negeri ini dalam menjayakan kutipan hasil negeri.

Beliau berkata, jumlah itu termasuk Bantuan Khas Kewangan kali pertama sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 yang telah dilaksanakan sempena Hari Raya Aidilfitri yang lepas.

“Bagi BKK kali kedua, insentif satu bulan gaji atau minimum RM1,000 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM40.03 juta yang akan dibayar pada 28 Disember depan.

Sementara itu, BKK kali ketiga iaitu setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 akan dibayar pada Februari 2024 bagi meringankan beban para penjawat sempena persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula pada Mac 2024,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 di sini, hari ini. 

Amirudin berkata, BKK 2023 dibayar kepada semua yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor, termasuk anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gaji mereka dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

“Pemberian BKK akan dilaksanakan berdasarkan pekeliling yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM),” katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tua itu mengajak semua wakil rakyat di dalam dewan berdiri membacakan Al-Fatihah dan bertafakur buat ribuan mangsa perang di Gaza, Palestin akibat  kekejaman rejim Zionis Israel. – Bernama

Continue Reading

Previous: Risiko mati pucuk lebih tinggi dalam kalangan lelaki menghidap diabetes
Next: Malaysia bersedia hantar lebih banyak sarung tangan getah ke Gaza – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.