Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Penjawat awam antara dua ditahan dalam operasi dadah di Serian
  • JENAYAH

Penjawat awam antara dua ditahan dalam operasi dadah di Serian

Utusan Sarawak 1 hour ago
DADAH yang dirampas daripada suspek.

KUCHING: Dua lelaki termasuk seorang penjawat awam ditahan dalam satu operasi anti dadah yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Serian Freddy Bian Stanislaus Bian berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai platform untuk mendapatkan bekalan dadah.

Beliau berkata polis turut merampas sejumlah dadah disyaki syabu serta beberapa barangan berkaitan bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua suspek telah dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Freddy berkata pihak polis memandang serius kegiatan penyalahgunaan dadah dan akan terus mempergiat usaha membanteras aktiviti tersebut tanpa mengira latar belakang individu terlibat.

Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan dadah supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu usaha membanteras jenayah dan penyalahgunaan dadah dalam masyarakat.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Warga asing disyaki ‘pusher’ syabu ditahan di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.