Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Penipuan harga dalam talian: KPDN sukar ambil tindakan
  • SEMASA

Penipuan harga dalam talian: KPDN sukar ambil tindakan

Utusan Sarawak 5 months ago
TIMBALAN Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara, Hidup Senator Fuziah Salleh ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen, hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Akta kepenggunaan sedia ada yang tidak memberikan punca kuasa besar menjadi cabaran kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam mengambil tindakan terhadap pihak yang menipu harga barangan diiklankan secara dalam talian. 

Timbalan Menteri berkenaan Fuziah Salleh berkata, KPDN bagaimanapun aktif bekerjasama dengan pihak, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk membantu menurunkan iklan barangan yang memperdayakan pengguna di laman media sosial.

Beliau berkata sepanjang awal tahun ini hingga 31 Oktober, KPDN menerima 39,056 aduan berkaitan penipuan harga barangan dan daripada jumlah terbabit, 8,757 ialah berkaitan transaksi dalam talian, satu angka yang agak tinggi.

Fuziah berkata demikian bagi memberi penjelasan kepada Senator Datuk Seri Dr Zurainah Musa yang ingin tahu kaedah KPDN mengendalikan aduan berkaitan harga dan penipuan pengiklanan dalam talian oleh pihak tidak bertanggungjawab, pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: KPN, KPM akan bekerjasama perkasa sukatan mata pelajaran Sejarah  
Next: Mitigasi banjir: Belanda sedia bantu Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.