Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peningkatan warga emas beri tekanan kepada ekonomi, hasil cukai dan kos kesihatan
  • TEMPATAN

Peningkatan warga emas beri tekanan kepada ekonomi, hasil cukai dan kos kesihatan

Utusan Sarawak 5 hours ago
UCAPAN… Kho Teck Wan berucap mewakili Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian pada Program Kesedaran Kesihatan Warga Emas di Tropics City, Kuching.

KUCHING: Peningkatan populasi warga emas di Sarawak bukan sahaja memberi kesan sosial, malah turut memberi tekanan kepada struktur ekonomi negeri, khususnya dari segi hasil cukai dan kos penjagaan kesihatan.

Menurut Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Kho Teck Wan, pengurangan jumlah pembayar cukai berbanding peningkatan keperluan rawatan kesihatan menjadi antara cabaran utama yang perlu ditangani segera.

“Apabila bilangan warga emas meningkat, keperluan kepada perkhidmatan kesihatan juga bertambah, sedangkan jumlah tenaga kerja dan penyumbang cukai semakin berkurangan.

“Ini memerlukan perancangan yang lebih menyeluruh bagi memastikan kebajikan mereka terus terpelihara,” katanya.

RAKAMAN gambar kenangan bersama tetamu kehormat yang turut hadir pada Program Kesedaran Kesihatan Warga Emas di Tropics City, Kuching.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian pada Program Kesedaran Kesihatan Warga Emas di Tropics City, di sini hari ini.

Tambahnya, Sarawak dijangka menjadi antara negeri terawal mencapai status masyarakat menua di Malaysia, dengan kawasan luar bandar menunjukkan kadar penuaan lebih tinggi susulan penghijrahan golongan muda ke bandar.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri telah memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk Kenyalang Gold Card (KGC).

“Selain itu, terdapat juga Skim Manfaat Kesihatan Warga Emas (SCHB) bagi membantu meringankan beban kos sara hidup dan rawatan kesihatan golongan berkenaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa cabaran penuaan ini memerlukan pendekatan menyeluruh melibatkan kerajaan dan masyarakat bagi memastikan kesejahteraan warga emas terus terjamin.

Untuk rekod, Sarawak dijangka menjadi antara negeri terawal mencapai status masyarakat menua menjelang 2028 apabila peratusan penduduk berusia 60 tahun ke atas mencecah sekurang-kurangnya 15 peratus.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Wanita kongsi cabaran capai keseimbangan kerja dan kehidupan
Next: Tun Wan Junaidi tinjau tapak warisan Kampung Triso

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.