Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi tinjau tapak warisan Kampung Triso
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi tinjau tapak warisan Kampung Triso

Utusan Sarawak 5 hours ago
BERLEPAS…Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berlepas dari Terminal Lembaga Sungai-Sungai Sarawak bagi memulakan Kembara D’Astana. Foto Penerangan

TRISO: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini mengadakan lawatan ke tapak warisan di Kampung Triso sempena Program Keberangkatan Kembara D’Astana ke Lingga.

Tun Wan Junaidi bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, memulakan pelayaran dari Terminal Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) seawal 6.26 pagi sebelum tiba di Jeti Perikanan Triso pada 9.50 pagi.

ZIARAH… Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi semasa menziarahi kubur Allahyarham Abang Sibu Abang Abrur Raub dan Allahyarhamah Syarifah Ebon Tuanku Anis. Foto Penerangan

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Belia dan Sukan), Datuk Gerald Rentap Jabu, serta diiringi persembahan hadrah oleh penduduk setempat sebelum meneruskan agenda lawatan.

Antara pengisian lawatan ialah menziarahi Tanah Perkuburan Kampung Triso yang disusuli dengan bacaan tahlil ringkas serta doa arwah sebagai tanda penghormatan kepada penduduk terdahulu.

TELAGA LAMA… Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi melawat ke Telaga Lama, Kampung Triso. Foto Penerangan

Tun Wan Junaidi dan isteri seterusnya meninjau beberapa tapak bersejarah di kampung tersebut, termasuk tapak rumah lama dan telaga lama yang menjadi simbol warisan serta mencerminkan sejarah kehidupan masyarakat setempat.

Dalam kesempatan itu, beliau turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada pihak pengurusan masjid serta menghadiri jamuan makan tengah hari bersama ahli keluarga dan komuniti setempat, sekali gus memperkukuh hubungan silaturahim.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri N.29 Beting Maro, Dato Razaili Gapor; Residen Bahagian Betong, Datu Richard Michael Abunawas; Pegawai Daerah Pusa, Hamdan Katang; Temenggong Bahagian Betong, Piee Alwi; Pemanca Daerah Pusa, Rasli @ Rosli Uji; Ketua Kampung Triso, Awang Mos Sulaiman; serta tetamu kehormat lain.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Peningkatan warga emas beri tekanan kepada ekonomi, hasil cukai dan kos kesihatan
Next: Saringan kesihatan percuma tarik lebih ramai pengunjung ke Pasar Tani Semula Jadi Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.